pada 13 november yang lalu, saya dan 4 rakan yang lain telah pergi ke satu sekolah yang sangat seronok suasananya. sekolah itu bertempat di Felda Soeharto , Selangor. pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini, satu perasaan yang sangat teruja dan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. suasana yang mendamaikan dan sangat tenang. hoho the first picture ~~
Secara
keseluruhannya bagi saya program “time to shine” ini banyak memberi manfaat
kepada saya dari segi pengalaman, keyakinan diri, komunikasi dan menguruskan
masa dan wang. Pada mulanya, saya tidak suka untuk membuat program sebegini kerana
kurang keyakinan diri untuk berkomunikasi dihadapan khalayak ramai. Selain itu,
saya juga takut untuk melaksanakan program besar tetapi jumlah ahli pelaksana
sedikit. Akan tetapi setelah saya dan rakan mencari beberapa sekolah akhirnya
SMK Kampong Soehharto menerima jemputan kami. Bagi saya, memasuki sekolah itu
buat pertama kali adalah satu perasaan yang sangat aneh dan janggal. Sekolah
yang saya tidak kenali mana-mana cikgu disitu. Tetapi saya dapat atasi perasaan
itu apabila mendapat sambutan dari guru-guru yang baik.
Selain itu, selepas melakukan
program ini saya dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam. Saya
lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi
di hadapan khalayak ramai sehingga saya boleh mengendalikan satu slot. Di situ
tahap komunikasi dan kelancaran saya meningkat. Sebagai bendahari saya semakin
bijak untuk menguruskan kewangan ahli kumpulan saya. Saya cuba untuk
meminimakan penggunaan duit dengan menggunakan barangan apa yang ada. Tidak
mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli hamper. Bagi masa pula saya dapat
menguruskannya apabila secara tiba-tiba guru pembimbing kami menyatakan masa perlu
dikurangkan kerana memberi laluan untuk pelajar lain untuk menggunakan surau
itu. Saya dan rakan berbincang untuk mebincangkan aktiviti yang tidak
menggunakan masa yang banyak tetapi memberi manfaat kepada pelajar.
Akhir sekali, bagi saya program sebegini
harus selalu dilakukan supaya saya dapat mencungkil bakat saya yang terpendam.
Ia juga meningkatkan self-esteem
untuk diri saya serta dapat meningkatkan keyakinan diri saya. Program seperti
ini juga dapat memberi pendedahan sebenar cabaran seorang guru kaunseling
kepada diri saya. Seterusnya, apa yang menyeronokkan saya ialah dapat lebih
mengenali perangai rakan-rakan saya dalam melaksanakan program ini. Oleh itu,
saya berharap pada semester akan datang, program seperti ini akan sentiasa
dilakukan supaya dapat mencungkil bakat saya dari masa ke masa.
No comments:
Post a Comment