Sunday, December 30, 2018

PENGALAMAN PROGRAM PERANTIS GURU 1







Pada cuti semester yang lalu, saya telah melalui satu program iaitu program perantis guru (PPG 1) dimana semua pelajar yang mengambil aliran pendidikan wajib untuk melaluinya. Program ini berlangsung selama 2 minggu sahaja. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahakan kepada pelajar yang bakal bergelar seorang guru dengan alam persekolahan. Program ini banyak kebaikannya antaranya adalah dapat menambah ilmu pengetahuan, tidak terlalu janggal apabila melalui fasa latihan mengajar dan sebagainya. Program ini terdapat dua fasa iaitu PPG 1 dan PPG 2. Untuk PPG2 ia dilaksanakan oleh pelajar semester 4 selama empat minggu. Sekolah tidak di tentukan oleh pihak UPSI , akan tetapi pelajar boleh memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka sendiri.
Saya telah melakukan program perantis guru 1 ini di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam. Saya memilih sekolah kerana sekolah ini merupakan tempat saya menuntut ilmu selama 5 tahun. Niat ingin mencurahkan bakti terhadap jasa guru-guru yang telah mengajar saya sehingga saya menjadi insan berguna  pada masa kini. Terubat rindu bersama guru-guru apabila dapat berjumpa mereka. Sekolah ini mempunyai keunikan yang tersendiri dimana ia banyak menekankan elemen taman hijau. Kebersihan sekolah ini turut terjaga sehingga melihat sekolah ini sebagai satu sekolah yang cemerlang.
Sekolah ini juga telah banyak melahirkan insan-insan yang hebat. Sekolah ini mempunyai 27 kelas dimana setiap satu tingkatan ada 5 buah kelas dan tingkatan enam (STAM) mempunyai dua buah kelas. Sekolah ini hanya ada dua aliran sahaja iaitu aliran perakaunan dan ekonomi asas. Keseluruhan jumlah pelajar sekolah ini adalah seramai 800 lebih pelajar. Mempunyai 2 orang guru kaunseling. sekolah ini juga menerapkan aspek kerohanian yang tinggi serta akhlak yang terpuji.
Sepanjang 2 minggu saya melaksanakan program ini, banyak perubahan yang telah berlaku sejak saya meninggalkan sekolah itu seperti tiada lagi kes buli pelajar yang sangat teruk, pelajar lebih bersahsiah dan sebagainya. Sekolah ini juga melakukan bacaan Al-Quran , bacaan selawat pada setiap pagi. Pada waktu rehat pula, bacaan surah dhuha juga telah dialunkan. Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi pendapat dengan guru-guru lain juga. Guru-guru disekolah ini sangat baik dan tidak sombong apabila saya meminta satu bantuan.  Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dengan sifat keterbukaan pihak sekolah untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan saya tidak akan lupa tentang pengalaman ini 😊

No comments:

Post a Comment