Sunday, December 30, 2018
INOVASI "HAI KAUNSELOR"
Ini merupakan penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih baik. Ia melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. merangkumi cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam penghasilan kerja. Ia mampu meningkatkan kualiti dan produtiviti organisasi mengikut objektif dan tujuan inovasi dilaksanakan. menggunakan tajuk cara memperkenalkan diri sebagai seorang kaunselor dan menggunakan konsep model "RESPECTFUL". diasaskan dari permainan pinball dan diubahsuai menjadi "hai kaunselor". kelebihan inovasi ini adalah bertujuan untuk memahami secara holistik latar belakang kaunselor. selain itu, melihat budaya dari aspek yang makro dan dinamik iaitu sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. ia juga merupakan sebuah pendekatan dan strategi bagi memperkenalkan identiti diri sebagai seorang kaunselor secara menyeluruh dan mendalam. seterusnya, mementingkan hubungan interpersonal dan komunikasi antara ahli kelompok. inivasi ini sangat berkesan dan boleh digunakan di dalam sesi kaunseling individu atau kelompok. selamat mencuba :)
5 DOMAIN PEMBELAJARAN
1) visual
2) audio
3) kognitif
4) afektif
5 ) psychomotor
lima domain pembelajaran ini sangat sesuai digunakan kepada pelajar-pelajar. ini akan menarik minat pelajar untuk lebih memahami sesuatu pelajaran itu. selain itu, penggunaan lima domain ini membolehkan pelajar berfikir secara luar kotak. maka, perlu lah lima domain ini diterapkan dalam diri seorang pendidik untuk mengajar anak didik dengan cara yang menarik pada masa akan datang.
2) audio
3) kognitif
4) afektif
5 ) psychomotor
lima domain pembelajaran ini sangat sesuai digunakan kepada pelajar-pelajar. ini akan menarik minat pelajar untuk lebih memahami sesuatu pelajaran itu. selain itu, penggunaan lima domain ini membolehkan pelajar berfikir secara luar kotak. maka, perlu lah lima domain ini diterapkan dalam diri seorang pendidik untuk mengajar anak didik dengan cara yang menarik pada masa akan datang.
PENGALAMAN PROGRAM PERANTIS GURU 1
Pada cuti semester yang lalu,
saya telah melalui satu program iaitu program perantis guru (PPG 1) dimana
semua pelajar yang mengambil aliran pendidikan wajib untuk melaluinya. Program
ini berlangsung selama 2 minggu sahaja. Tujuan program ini dijalankan adalah
untuk memberi pendedahakan kepada pelajar yang bakal bergelar seorang guru
dengan alam persekolahan. Program ini banyak kebaikannya antaranya adalah dapat
menambah ilmu pengetahuan, tidak terlalu janggal apabila melalui fasa latihan
mengajar dan sebagainya. Program ini terdapat dua fasa iaitu PPG 1 dan PPG 2.
Untuk PPG2 ia dilaksanakan oleh pelajar semester 4 selama empat minggu. Sekolah
tidak di tentukan oleh pihak UPSI , akan tetapi pelajar boleh memilih sekolah
yang berdekatan dengan rumah mereka sendiri.
Saya telah melakukan program
perantis guru 1 ini di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak
Bernam. Saya memilih sekolah kerana sekolah ini merupakan tempat saya menuntut
ilmu selama 5 tahun. Niat ingin mencurahkan bakti terhadap jasa guru-guru yang
telah mengajar saya sehingga saya menjadi insan berguna pada masa kini. Terubat rindu bersama
guru-guru apabila dapat berjumpa mereka. Sekolah ini mempunyai keunikan yang
tersendiri dimana ia banyak menekankan elemen taman hijau. Kebersihan sekolah
ini turut terjaga sehingga melihat sekolah ini sebagai satu sekolah yang
cemerlang.
Sekolah ini juga telah banyak
melahirkan insan-insan yang hebat. Sekolah ini mempunyai 27 kelas dimana setiap
satu tingkatan ada 5 buah kelas dan tingkatan enam (STAM) mempunyai dua buah
kelas. Sekolah ini hanya ada dua aliran sahaja iaitu aliran perakaunan dan
ekonomi asas. Keseluruhan jumlah pelajar sekolah ini adalah seramai 800 lebih
pelajar. Mempunyai 2 orang guru kaunseling. sekolah ini juga menerapkan aspek
kerohanian yang tinggi serta akhlak yang terpuji.
Sepanjang 2 minggu saya
melaksanakan program ini, banyak perubahan yang telah berlaku sejak saya
meninggalkan sekolah itu seperti tiada lagi kes buli pelajar yang sangat teruk,
pelajar lebih bersahsiah dan sebagainya. Sekolah ini juga melakukan bacaan
Al-Quran , bacaan selawat pada setiap pagi. Pada waktu rehat pula, bacaan surah
dhuha juga telah dialunkan. Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi
pendapat dengan guru-guru lain juga. Guru-guru disekolah ini sangat baik dan
tidak sombong apabila saya meminta satu bantuan. Akhir sekali, saya berasa sangat gembira
dengan sifat keterbukaan pihak sekolah untuk memberi tunjuk ajar kepada saya
dan saya tidak akan lupa tentang pengalaman ini 😊
Monday, December 24, 2018
SMK KAMPONG SOEHARTO
pada 13 november yang lalu, saya dan 4 rakan yang lain telah pergi ke satu sekolah yang sangat seronok suasananya. sekolah itu bertempat di Felda Soeharto , Selangor. pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini, satu perasaan yang sangat teruja dan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. suasana yang mendamaikan dan sangat tenang. hoho the first picture ~~
Secara
keseluruhannya bagi saya program “time to shine” ini banyak memberi manfaat
kepada saya dari segi pengalaman, keyakinan diri, komunikasi dan menguruskan
masa dan wang. Pada mulanya, saya tidak suka untuk membuat program sebegini kerana
kurang keyakinan diri untuk berkomunikasi dihadapan khalayak ramai. Selain itu,
saya juga takut untuk melaksanakan program besar tetapi jumlah ahli pelaksana
sedikit. Akan tetapi setelah saya dan rakan mencari beberapa sekolah akhirnya
SMK Kampong Soehharto menerima jemputan kami. Bagi saya, memasuki sekolah itu
buat pertama kali adalah satu perasaan yang sangat aneh dan janggal. Sekolah
yang saya tidak kenali mana-mana cikgu disitu. Tetapi saya dapat atasi perasaan
itu apabila mendapat sambutan dari guru-guru yang baik.
Selain itu, selepas melakukan
program ini saya dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam. Saya
lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi
di hadapan khalayak ramai sehingga saya boleh mengendalikan satu slot. Di situ
tahap komunikasi dan kelancaran saya meningkat. Sebagai bendahari saya semakin
bijak untuk menguruskan kewangan ahli kumpulan saya. Saya cuba untuk
meminimakan penggunaan duit dengan menggunakan barangan apa yang ada. Tidak
mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli hamper. Bagi masa pula saya dapat
menguruskannya apabila secara tiba-tiba guru pembimbing kami menyatakan masa perlu
dikurangkan kerana memberi laluan untuk pelajar lain untuk menggunakan surau
itu. Saya dan rakan berbincang untuk mebincangkan aktiviti yang tidak
menggunakan masa yang banyak tetapi memberi manfaat kepada pelajar.
Akhir sekali, bagi saya program sebegini
harus selalu dilakukan supaya saya dapat mencungkil bakat saya yang terpendam.
Ia juga meningkatkan self-esteem
untuk diri saya serta dapat meningkatkan keyakinan diri saya. Program seperti
ini juga dapat memberi pendedahan sebenar cabaran seorang guru kaunseling
kepada diri saya. Seterusnya, apa yang menyeronokkan saya ialah dapat lebih
mengenali perangai rakan-rakan saya dalam melaksanakan program ini. Oleh itu,
saya berharap pada semester akan datang, program seperti ini akan sentiasa
dilakukan supaya dapat mencungkil bakat saya dari masa ke masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)