Sunday, December 30, 2018

INOVASI "HAI KAUNSELOR"





Ini merupakan penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih baik. Ia melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. merangkumi cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam penghasilan kerja. Ia mampu meningkatkan kualiti dan produtiviti organisasi mengikut objektif dan tujuan inovasi dilaksanakan. menggunakan tajuk cara memperkenalkan diri sebagai seorang kaunselor dan menggunakan konsep model "RESPECTFUL". diasaskan dari permainan pinball dan diubahsuai menjadi "hai kaunselor". kelebihan inovasi ini adalah bertujuan untuk memahami secara holistik latar belakang kaunselor. selain itu, melihat budaya dari aspek yang makro dan dinamik iaitu sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. ia juga merupakan sebuah pendekatan dan strategi bagi memperkenalkan identiti diri sebagai seorang kaunselor secara menyeluruh dan mendalam. seterusnya, mementingkan hubungan interpersonal dan komunikasi antara ahli kelompok. inivasi ini sangat berkesan dan boleh digunakan di dalam sesi kaunseling individu atau kelompok. selamat mencuba :)


5 DOMAIN PEMBELAJARAN

1) visual
2) audio
3) kognitif
4) afektif
5 ) psychomotor


lima domain pembelajaran ini sangat sesuai digunakan kepada pelajar-pelajar. ini akan menarik minat pelajar untuk lebih memahami sesuatu pelajaran itu. selain itu, penggunaan lima domain ini membolehkan pelajar berfikir secara luar kotak. maka, perlu lah lima domain ini diterapkan dalam diri seorang pendidik untuk mengajar anak didik dengan cara yang menarik pada masa akan datang.

PENGALAMAN PROGRAM PERANTIS GURU 1







Pada cuti semester yang lalu, saya telah melalui satu program iaitu program perantis guru (PPG 1) dimana semua pelajar yang mengambil aliran pendidikan wajib untuk melaluinya. Program ini berlangsung selama 2 minggu sahaja. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahakan kepada pelajar yang bakal bergelar seorang guru dengan alam persekolahan. Program ini banyak kebaikannya antaranya adalah dapat menambah ilmu pengetahuan, tidak terlalu janggal apabila melalui fasa latihan mengajar dan sebagainya. Program ini terdapat dua fasa iaitu PPG 1 dan PPG 2. Untuk PPG2 ia dilaksanakan oleh pelajar semester 4 selama empat minggu. Sekolah tidak di tentukan oleh pihak UPSI , akan tetapi pelajar boleh memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka sendiri.
Saya telah melakukan program perantis guru 1 ini di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam. Saya memilih sekolah kerana sekolah ini merupakan tempat saya menuntut ilmu selama 5 tahun. Niat ingin mencurahkan bakti terhadap jasa guru-guru yang telah mengajar saya sehingga saya menjadi insan berguna  pada masa kini. Terubat rindu bersama guru-guru apabila dapat berjumpa mereka. Sekolah ini mempunyai keunikan yang tersendiri dimana ia banyak menekankan elemen taman hijau. Kebersihan sekolah ini turut terjaga sehingga melihat sekolah ini sebagai satu sekolah yang cemerlang.
Sekolah ini juga telah banyak melahirkan insan-insan yang hebat. Sekolah ini mempunyai 27 kelas dimana setiap satu tingkatan ada 5 buah kelas dan tingkatan enam (STAM) mempunyai dua buah kelas. Sekolah ini hanya ada dua aliran sahaja iaitu aliran perakaunan dan ekonomi asas. Keseluruhan jumlah pelajar sekolah ini adalah seramai 800 lebih pelajar. Mempunyai 2 orang guru kaunseling. sekolah ini juga menerapkan aspek kerohanian yang tinggi serta akhlak yang terpuji.
Sepanjang 2 minggu saya melaksanakan program ini, banyak perubahan yang telah berlaku sejak saya meninggalkan sekolah itu seperti tiada lagi kes buli pelajar yang sangat teruk, pelajar lebih bersahsiah dan sebagainya. Sekolah ini juga melakukan bacaan Al-Quran , bacaan selawat pada setiap pagi. Pada waktu rehat pula, bacaan surah dhuha juga telah dialunkan. Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi pendapat dengan guru-guru lain juga. Guru-guru disekolah ini sangat baik dan tidak sombong apabila saya meminta satu bantuan.  Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dengan sifat keterbukaan pihak sekolah untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan saya tidak akan lupa tentang pengalaman ini 😊

Monday, December 24, 2018

SMK KAMPONG SOEHARTO








pada 13 november yang lalu, saya dan 4 rakan yang lain telah pergi ke satu sekolah yang sangat seronok suasananya. sekolah itu bertempat di Felda Soeharto , Selangor. pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini, satu perasaan yang sangat teruja dan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. suasana yang mendamaikan dan sangat tenang. hoho the first picture ~~


Secara keseluruhannya bagi saya program “time to shine” ini banyak memberi manfaat kepada saya dari segi pengalaman, keyakinan diri, komunikasi dan menguruskan masa dan wang. Pada mulanya, saya tidak suka untuk membuat program sebegini kerana kurang keyakinan diri untuk berkomunikasi dihadapan khalayak ramai. Selain itu, saya juga takut untuk melaksanakan program besar tetapi jumlah ahli pelaksana sedikit. Akan tetapi setelah saya dan rakan mencari beberapa sekolah akhirnya SMK Kampong Soehharto menerima jemputan kami. Bagi saya, memasuki sekolah itu buat pertama kali adalah satu perasaan yang sangat aneh dan janggal. Sekolah yang saya tidak kenali mana-mana cikgu disitu. Tetapi saya dapat atasi perasaan itu apabila mendapat sambutan dari guru-guru yang baik.

            Selain itu, selepas melakukan program ini saya dapat mengenali diri saya dengan lebih mendalam. Saya lebih  berkeyakinan untuk berkomunikasi di hadapan khalayak ramai sehingga saya boleh mengendalikan satu slot. Di situ tahap komunikasi dan kelancaran saya meningkat. Sebagai bendahari saya semakin bijak untuk menguruskan kewangan ahli kumpulan saya. Saya cuba untuk meminimakan penggunaan duit dengan menggunakan barangan apa yang ada. Tidak mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli hamper. Bagi masa pula saya dapat menguruskannya apabila secara tiba-tiba guru pembimbing kami menyatakan masa perlu dikurangkan kerana memberi laluan untuk pelajar lain untuk menggunakan surau itu. Saya dan rakan berbincang untuk mebincangkan aktiviti yang tidak menggunakan masa yang banyak tetapi memberi manfaat kepada pelajar.

            Akhir sekali, bagi saya program sebegini harus selalu dilakukan supaya saya dapat mencungkil bakat saya yang terpendam. Ia juga meningkatkan self-esteem untuk diri saya serta dapat meningkatkan keyakinan diri saya. Program seperti ini juga dapat memberi pendedahan sebenar cabaran seorang guru kaunseling kepada diri saya. Seterusnya, apa yang menyeronokkan saya ialah dapat lebih mengenali perangai rakan-rakan saya dalam melaksanakan program ini. Oleh itu, saya berharap pada semester akan datang, program seperti ini akan sentiasa dilakukan supaya dapat mencungkil bakat saya dari masa ke masa.